Wednesday, November 25, 2009

Shopping yg riang ria....

Isnin till rabu,aku ade program (dont know how to category it whether seminar,bengkel or mesyuarat). Its about to prepare penulisan spesifikasi alatan bagi pembinaan sebuah politeknik baru. or dengan ayat kampung yg mudah di fahami adalah: MARI BERSHOPPING DENGAN KATALOG YG TEBAL GILER UNTUK SUMBAT DALAM LAB POLI.

This is my first time doing this since i didnt expect to go for it since im the youngest staff at my office (bajet adik bongsu la tu...bole blah)

Look like easy since kita just kena think apa alatan yg korang rasa cambest and sesuai untuk dicampak ke dalam makmal2 itu.

Aku kena bahagian lab tisu culture which is i've been in that field once for FYP
(*tetiba flashback dengan asap2 teringat memori time wat tissue culture...horror!)

Untuk itu, aku pun mula la memerah otak apa equipment yg patut ade based on my experience dulu. So, me-list-ing la aku barang2 yg dikehendaki.

Memandangkan my hobby adalah "membeli-belah tingkap" a.k.a window shopping, aku pon mula membelek2 katalog alatan makmal yg maha tebal mengalahkan yellow pages ketika aku masih kanak2 comel dahulu.

Lumrah manusia sukakan kecantikan,begitu juga aku. Jadi untuk memudahkan kerja, aku mula memilih pelbagai alatan yang sangat cantik,vogue dan warna yang menarik as my criteria besides the specification that need to be fulfill.(apala guna barang je cantik kalo x leh pakai kan?..non-ado je nanti)

Jadi beruntungla para students yg akan guna lab itu nanti kerana dipenuhi dengan alatan makmal yang sangat sophikated and elegant hasil sentuhan aku. Tahniah ye!!

notakaki:sangat teruja untuk buat tissue culture kalo dapat lab yang cantik mcm tu!
oh rindunya..

Bus oh bus...

Uish, sangat penat arini

Baru sampai rumah from Sogo bought some present for best friend wedding.
(FYI,Sogo tgh sales....again)

Nak balik rumah,kena la tunggu bus kan from bus stand (agak lama x naik bus ye) dengan hari yg panas and sangat berdebu. kurang biasa coz kuantan lately ni hujan non stop.so bila kena panas and berdebu tu agak sentap sedikit urat saraf hingga menyebabkan hormon menjadi haru biru

Dari 2.15pm dok melangok tepi jalan sambil melihat abg polis trafik menyusun skittle di tengah jalan (rasa cam nak tolong je),di iringi ambulans 3 4 buah yg asik neno neno membawa patients yg kritikal, sebuah kelibat bus pon aku x nampak.

Otak mula berfikir,mogok ke drebar2 bus ni.temperature diri dan badan sudah mula naik (sambil teringat kan makcik bus yg suka sangat bwk bus lambat...mamat,ko kenal makcik ni kan),emosi mula x stabil lalu mulut mula la menghadiahkan sumpahan mahsuri keramat berbakul2 terhadap bus.

Malas nak tunggu lama sambil menadah muka tempat dedebu jalanan singgah,beli tiket ke next station to grab a cab. Muka yg merah padam, membuatkan drebar taxi tanya kenapa (masyarakat prihatin sangat....),aku pun citer la apa yg berlaku.

Then, pakcik drebar tu tanpa perasaan berkata "Adik x baca paper ke? Bus da x lalu depan Pekeliling da,dia terus ke KL"

Terus aku rasa nak pengsan dengar jawapan pakcik tu...huhuhu

notakaki: nampaknya aku kena lagi kerap baca suratkabar berita utama dan abaikan suratkabar didik ye

Sunday, November 1, 2009

Tawanan Bukit Pelindung

semalam adalah hari bermalas-malasan bagi aku.

tapi walau bermalas-malasan,aku agak cemerlang sebab mampu untuk mencelik kan mata pada jam 8.30pg (bukan senang ok untuk bangun seawal itu pada sunday morning) dan terus menatap AXN dengan visual yang rabun2 ayam (malas nak pakai spek)
ok...bukan nak cerita tentang diary princess (or should it be diary of a princess?) just nk highlite tentang barang2 di bundle

aku ni bukan seorang kaki bundle coz the last time and item that i bought at bundle stall is about 3 or 4 years ago at Batu Buruk which is Jaket Kilang (that im wearing rite now)

housemate aku, Labu (ye housemate aku sejenis sayuran)nak cari sepasang kasut baru tok futsal so decide tok cari kat bundle.

apa yg menarik perhatian aku adalah,ada a pair of shoe ni brand Lacoste not so nice condition but sold with the price of rm158..wth...

ok,aku tau la lacoste among an expensive brand but with the condition yg tapak dah sumbing,rupa dalam kasut yg dah compang camping,color dah dull,logik kah harga itu?

saje menggatalkan mulut,tanya tokeh ni

me:bang,brapa harga kasut ni?
tokeh:rm158 dik...leh bagi murah lagi
me:brapa leh bagi?
tokeh:kalo adik nak,abg bagi rm120
me:eh mahal lagi tu bang,murah lagi la
tokeh:eh tak bole da dik,ni brand mahal ni...

motif sangat....
baik aku beli kasut kulit buaya je kalo macam tu harganya...

sekian

notakaki:kasut sukan aku yg skang ni pon da 6 tahun...

Wednesday, October 28, 2009

Sepatu nan biru

selepas kejadian memalukan di longkang besar hostel UMT dulu (mamat, sila gelak)

isnin lepas sekali lagi kejadian memalukan berlaku

malam tu aku kena supervise training taekwondo...so masa sampai tu aku da notice some of students senyum2 kat aku...terus2 aku feeling2 model dok kat depan diorg..

pas dok bebel2 n announe some of the things,aku pon dok lepak belakang dewan sambil tgok training...

pandang je kat bawah baru aku perasan yg aku pakai sandal lain sebelah!!!

motifff sangat.....terasa diri ini sungguh heana,kecil dan diperkotak katik kan...
huhuhhu

tanpa segan silu aku pun terus blah tanpa say goodbye pon...

macam haram tol.ni mesti gara2 dok ralit bagi explaination kat cicak (bukan nama sebenar) pasal crdt crd statement.

aku rasa seperti seluruh darah dalam badan ni naik kat muka aku.....

p/s:tok safety,aku da ikat semua sandal aku ngn pasangan masing2 dengan harapan perkara ni x berulang lagi...sekian

Thursday, June 4, 2009

kawen kawen...

6hb jun 2009,ramai org nak wat kenduri time ni..kawen n tunangn especially

ana - congrats for ur marriage..may u happily till ur last breath :)
sorry for not attending ur wedding :)

cicak - congrats for the engagement too...sorry again for not attending *sigh

-but i already sent some token for both of u..

bila nak kawen suma org excited lebih2 lagi couple tu la kan
but what happen if only one party je yg excited and the other one buat mcm biasa je...excited pon tidak,tak suka pon tidak..
sentap kan?

but luckily couple tu ade friends yang tumpang excited atas berita gembira itu
so,untuk tidak menjadikan kawan tadi gundah gulana,kawan ni pon memainkan peranan nya

teman kan beli baju nikah, carikan kad kawen, discuss tema and design, suggest doorgift suma
hahaha....

but this is what a friend call right?

Wednesday, February 4, 2009

mari ke sauna

permulaan arini agak sedikit rush sebab aku terlambat ke kelas gara2 ade lect briefing di awal pagi (mcm perhimpunan tp versi kecik je)
smpai di kelas, aku terdengar suara student, "wah merah jambu".. (ye,arini aku pakai kemeja pink..lite pink ok) - "hanjeng la ko,suka aku la nak pakai kaler apa" - kataku dalam ati
then,lcd x berfungsi..sundel tol la lcd ni.students da mula memandang penuh minat skil aku menghidupkan lcd itu..dgn sedikit ketukan dan tendangan di plug,yes,idup pon.
then tengahari aku ade lab food processing...
arini aku mula belajar guna mesin drum dryer machine (ye,drum,tapi bukan drum instrument music itu)..machine ini menggunakan stim air.
so sbg lect aku harus melihat studnt wat keje kat tepi machine
stim itu semakin ganas menghenyak2 diri ku yg sudah sedia kepanasan..huhu..
aku mula berpeluh persis dalam sauna...arghhh..panas!!!
setelah hampir sejam disitu,aku nekad,aku harus lari...
lalu aku lari duduk di dalam kelas dimana kipasnya ku halakan kat aku je...
argh...nikmatnya...
hasilnya,maybe aku dah ilang dalam 500gram berat badan
hahahah

Monday, January 26, 2009

seminggu yg senget,panas,kelamkabut....

minggu lepas 19hb isnin (tarikh islam aku lupa lak...maaf) aku pon melaporkan la diri di tempat keje baru aku as pensyarah (muda giler)
sebelum smpai opis tu aku sempat la sesat dahulu sehinggakan aku rasa mahu melepasi sempadan terengganu - pahang sudah...
so sesampainya aku kat admin office tu,aku nmpak la beberapa org yg ku kira mahu melapor diri juga.so untuk tidak kelihatan sombong atau pun bajet bagus,aku pun mula la meringankan mulut aku yg da sedia ringan ni untuk menegur org2 terbabit.ternyata mereka sama seperti aku.
selepas menigisi borang itu dan ini (aku tak penah isi borang sebanyak ini,last skali masa nak masuk U dulu), akak kerani tu pun tanya,aku ni dapat jabatan mana...erk...soalan yg aku tak tau jawapannya
tp nasib baik aku ade tgok webpage kolej ni aritu dan dgn konfidennya aku ckp Teknologi Makanan coz selain Teknologi Makanan, suma jabatan adalah jabatan kejuruteraan,so adalah mustahil aku dicampakkan ke jabatan itu kan...and tekaan aku mengena..alhamdulillah.
setel bahagian admin,aku kena lapor diri ke jabatan.suma org yg aku jumpa suma nya ditempatkan ji JKA (jurutera awam),so merayau la aku mencari jbtn aku.aku tanya sorg student,dia memberi arah yg salah (hanjeng tol,kolej sendiri pun tak tau mana jbtn tek mknn),nsb baik kawannya membetulkan (thanks)
smpi kat situ,aku mencari opis jbtn.aku masuk pintu belakang lalu ditegur oleh sorang akak ni "adik masuk ikut pintu depan,pintu belakang tok pensyarah je"...aku pun say sorry.aku pun masuk la kat pintu depan,so ni la antara kejadian yang berlaku :

1. smpai2 aku tanya sorg akak ni,"akak,saya nak lapor diri" - terus akak tu tanya aku "ha apa no pendaftaran?" - aku pun pelik,aku ni ade no pendaftaran ke?.pas tgok aku cm berkerut dahi memikir dia kata "surat tawaran mana?" - aku pun bagi, dia tengok, terus menjerit "astaghafirullah, pensyarah baru ke?akak ingat student tadi!!hahahha..." - aku pun tersipu malu lalau dibawa aku jumpa KJ

2. selepas dikenalkan kat KJ (aku da kecut da, muka KJ ni garang giler!),tanya macam2 soalan macamla aku bekas banduan yg nk mintak keje..huhuhuh...dia tanya aku amik course apa,aku ckp biology,terus dia ckp "kami tak perlukan org biology/biotek disini" (SENTAPP giler ok!!!!!)
rasa mcm nk lempar je kasut aku kat dia

3. pas tu terus aku diberi tazkirah ringkas oleh KJ...erm....mmg muka aku ni muka kena tazkirah gamaknya.dari zaman student lagi and then baru la aku tau dan akan aku ingt yg kita ni ade 2 majikan (satu kat bwh yakni kolej and satu lagi kat atas yakni Allah swt.)

4.then aku dibagi meja (kt belakang mesin potostet..huhu) nd kerusi yg erm....tah zaman bila tah.tapi sabar ok,sedar diri awk tu org baru...

- itu yg berlaku kat opis jbtn aku di ari pertama.

then ari2 mendatang berlalu ngn agak tenang tapi beberapa insiden telah berlaku jugak:

1. tiap kali aku g beli makanan kat kafe,suma makcik2 kafe akan tanya "adik ni amik kos apa?"..."adik ni da sem brape?" - terus aku jawab ngn rendah diri n tawaduknya "saya pensyarah baru"...(makcik2 tu pun sentap)

2. tiap kali beli air,aku akan diberi cawan student (cawan student kecik je n takde tangkai, manakala cawan lect besar n bertangkai)

3. tiap kali aku msuk kelas tok wat observation,suma org akan tercengang...motif?

4. untuk kelas 1st, student aku wat game,mari meneka umur encik....perlu ke?

5. aku terskip lect briefing ari rabu lepas yg aku sendiri tak tau..hahahah..nasib baik KJ aku tak marah

6. aku dah terjatuhkan kerusi lab smpai tercabut seat dia....hahahahah (malunya aku!!!)

7. selain ajar microb,aku rasa mcm jadi cikgu BI lak, mengajar student aku english....huhuhu

- so itu la citer mgu pertama aku kat situ yg agak kelam kabut sikit.

Saturday, January 3, 2009

semata-mata

aku takde niat pon nak wat blog ni..
tapi sebab nak komen kat blog cicak, aku pun gagahkan diri wat blog

notakakiku: cak ko patut hargai niat suciku ini..heheh