Monday, January 26, 2009

seminggu yg senget,panas,kelamkabut....

minggu lepas 19hb isnin (tarikh islam aku lupa lak...maaf) aku pon melaporkan la diri di tempat keje baru aku as pensyarah (muda giler)
sebelum smpai opis tu aku sempat la sesat dahulu sehinggakan aku rasa mahu melepasi sempadan terengganu - pahang sudah...
so sesampainya aku kat admin office tu,aku nmpak la beberapa org yg ku kira mahu melapor diri juga.so untuk tidak kelihatan sombong atau pun bajet bagus,aku pun mula la meringankan mulut aku yg da sedia ringan ni untuk menegur org2 terbabit.ternyata mereka sama seperti aku.
selepas menigisi borang itu dan ini (aku tak penah isi borang sebanyak ini,last skali masa nak masuk U dulu), akak kerani tu pun tanya,aku ni dapat jabatan mana...erk...soalan yg aku tak tau jawapannya
tp nasib baik aku ade tgok webpage kolej ni aritu dan dgn konfidennya aku ckp Teknologi Makanan coz selain Teknologi Makanan, suma jabatan adalah jabatan kejuruteraan,so adalah mustahil aku dicampakkan ke jabatan itu kan...and tekaan aku mengena..alhamdulillah.
setel bahagian admin,aku kena lapor diri ke jabatan.suma org yg aku jumpa suma nya ditempatkan ji JKA (jurutera awam),so merayau la aku mencari jbtn aku.aku tanya sorg student,dia memberi arah yg salah (hanjeng tol,kolej sendiri pun tak tau mana jbtn tek mknn),nsb baik kawannya membetulkan (thanks)
smpi kat situ,aku mencari opis jbtn.aku masuk pintu belakang lalu ditegur oleh sorang akak ni "adik masuk ikut pintu depan,pintu belakang tok pensyarah je"...aku pun say sorry.aku pun masuk la kat pintu depan,so ni la antara kejadian yang berlaku :

1. smpai2 aku tanya sorg akak ni,"akak,saya nak lapor diri" - terus akak tu tanya aku "ha apa no pendaftaran?" - aku pun pelik,aku ni ade no pendaftaran ke?.pas tgok aku cm berkerut dahi memikir dia kata "surat tawaran mana?" - aku pun bagi, dia tengok, terus menjerit "astaghafirullah, pensyarah baru ke?akak ingat student tadi!!hahahha..." - aku pun tersipu malu lalau dibawa aku jumpa KJ

2. selepas dikenalkan kat KJ (aku da kecut da, muka KJ ni garang giler!),tanya macam2 soalan macamla aku bekas banduan yg nk mintak keje..huhuhuh...dia tanya aku amik course apa,aku ckp biology,terus dia ckp "kami tak perlukan org biology/biotek disini" (SENTAPP giler ok!!!!!)
rasa mcm nk lempar je kasut aku kat dia

3. pas tu terus aku diberi tazkirah ringkas oleh KJ...erm....mmg muka aku ni muka kena tazkirah gamaknya.dari zaman student lagi and then baru la aku tau dan akan aku ingt yg kita ni ade 2 majikan (satu kat bwh yakni kolej and satu lagi kat atas yakni Allah swt.)

4.then aku dibagi meja (kt belakang mesin potostet..huhu) nd kerusi yg erm....tah zaman bila tah.tapi sabar ok,sedar diri awk tu org baru...

- itu yg berlaku kat opis jbtn aku di ari pertama.

then ari2 mendatang berlalu ngn agak tenang tapi beberapa insiden telah berlaku jugak:

1. tiap kali aku g beli makanan kat kafe,suma makcik2 kafe akan tanya "adik ni amik kos apa?"..."adik ni da sem brape?" - terus aku jawab ngn rendah diri n tawaduknya "saya pensyarah baru"...(makcik2 tu pun sentap)

2. tiap kali beli air,aku akan diberi cawan student (cawan student kecik je n takde tangkai, manakala cawan lect besar n bertangkai)

3. tiap kali aku msuk kelas tok wat observation,suma org akan tercengang...motif?

4. untuk kelas 1st, student aku wat game,mari meneka umur encik....perlu ke?

5. aku terskip lect briefing ari rabu lepas yg aku sendiri tak tau..hahahah..nasib baik KJ aku tak marah

6. aku dah terjatuhkan kerusi lab smpai tercabut seat dia....hahahahah (malunya aku!!!)

7. selain ajar microb,aku rasa mcm jadi cikgu BI lak, mengajar student aku english....huhuhu

- so itu la citer mgu pertama aku kat situ yg agak kelam kabut sikit.

Saturday, January 3, 2009

semata-mata

aku takde niat pon nak wat blog ni..
tapi sebab nak komen kat blog cicak, aku pun gagahkan diri wat blog

notakakiku: cak ko patut hargai niat suciku ini..heheh